Thursday, April 29, 2010

Mari Belajar Jigging

Salam semua,

Atas permintaan peminat atau pemancing yang baru nak berjinak2 dalam dunia pancingan jigging maka berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni marilah kita belajar teknik & peralatan untuk berjigging dengan betul dan lebih efektif lagi.

DEFINASI

Jigging

Berjigging adalah teknik yang telah di pratikkan oleh pemancing Jepun sejak dahulu lagi sehinggalah gelombang jigging sampai ke negara kita pada 5-7 thn yang lepas.Ia adalah teknik mengunjun umpan tiruan berbentuk kepingan besi secara berterusan seolah2 anak ikan yang dalam kesakitan menyebabkan pemangsa akan berasa anak ikan itulah makanan yang boleh di belasahnya.Teknik ini juga akan membuatkan para jigger berhantu bila terkena (karan) sekiranya jig yang kita unjun itu tiba2 di sentap oleh pemangsa tersebut ...perghhhhh syok siut.

Jigger
Pemancing2 yang mempratikkan jigging sampai lengan besor sebelah dan ketiak melecet...
Dan teknik ini juga telah menyebabkan para jigger rabak poket kerana sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk membeli peralatan memancing terbaik dari kekili,joran sehinggalah ke mata kail demi merealisasikan teknik yang tanpa batasannya

PERALATAN & TEKNIK
KEKILI
Gunakanlah kekili yang ringan serta nisbah ratio yang tinggi contoh 5:1:1 dan bukan bapook kekili yang berat kerana aktiviti ini memerlukan ketahanan tenaga yang berterusan

Light jigging - Shimano 4000-5000,Abu Ambasadeur 4000,Abu Cardinal 4000-5000
Heavy jigging- Shimano 8000-20000,Roybi Fishing Safari,Shimano Stella dan Daiwa Saltiga
JORAN

Joran pun sama,gunakanlah joran yang agak ringan & kuat serta bersesuaian dengan lokasi,kedalaman padang pancing yang ingin kita duga.

Light Jigging - Joran berkelas sederhana seperti PE 1-3 (10-25paun & 10-30paun) untuk laut cetek (Tenyru,Daiwa Monster Mesh,Shimano,Abu Conolon & Eupro)
Heavy Jigging-Joran berkelas berat seperti PE 2-4 (20-40paun) PE 6-8 (60-80paun) untuk laut dalam contoh (Shimano JigWrex,Fisherman & Seven Sea) .Tapi kalau anda degil juga nak guna joran trolling buat jigging aku tak bertanggungjwb sekiranya ketiak anda melecet atau tangan anda terseliuh..hehehehe
TALI

Sebaik-baiknya gunakanlah tali sulam(braided) atau tali fiber kerana tali ini bekekuatan tinggi walaupun berdimeter kecil dan kadar renggang tali tersebut amatlah rendah daripada penggunaan tali tangsi yang macam spring sekiranya ditarik.Tali ini juga dapat menyimpan kapisiti yang banyak di dalam gelendung kekili kita.Tali ini juga akan membuatkan pergerakkan umpan bebas serta realistik.

Light Jigging -Tali sulam Power-Pro,Spider wire (20-30paun) utk laut cetek
Heavy Jigging- Tali sulam X-zoga,Varivas dan (30-50,60.80paun)untuk laut dalam.

PERAMBUT

Gunakanlah (shock-leader) atau perambut pelbagai jenama mengikut kesesuaian lokasi kedalaman dan padang pancing contoh Asso,Dupont,Varivas dll
JIG

Umpan tiruan yang diperbuat dari kepingan besi atau besi karbon (karbon iron) yang dibentuk dan diwarnakan sebijik macam ikan atau sotong.Gunakanlah jig yang bersesuaian dengan kederesan arus kerana ini juga memainkan peranan dalam memujuk ikan menjamah jig kita.Sekiranya kita hendak berjigging di waktu malam untuk menjerat ikan cupak gunakanlah jig yang boleh menyerap & menyimpan cahaya (iluminus)kerana ini akan membuatkan si cupak geram dengan cahayanya

Light Jigging- Jig seberat 40-80gram(Eupro,Power Jig)
Heavy Jigging-Jig seberat 100,200-300gram
MATA KAIL

Gunakan matakail yang bersesuaian dengan saiz jig kita yang mempunyai lingkaran bulat yang agak besar serta kuat.

SPLIT RING & CHILI-

Ini amat perlu kerana membuatkan mata kail & jig bergerak bebas dan tidak kaku.Penggunannya juga bersesuaian dengan kedalaman serta lokasi padang pancing.

TALI KEVLER

Tali sulam berdimeter besar dan kuat ini di gunakan bagi mengikat mata kail ke split ring.
Tali ini juga didatangkan dengan pelbagai warna bagi menarik perhatian ikan serta bergerak bebas dan lebih realistik
TEKNIK

Teknik jigging adalah bebas dan bersesuaian dengan tenaga kita dan kedalaman lokasi padang pancing.Nak berjoget pun boleh.
Apa yang telah aku pratikkan adalah kayuhan (2,3- 1 iaitu kayuhan 2-3kali kekili,dan henjut sekali joran dan buat itu berulang2 sehingga jig berada di separuh kedalaman dan lepaskan semula jig ke dasar

BERHANYUT

Berhanyut adalah berjigging secara berhanyut di lokasi yang dirasakan berpontensi.Teknik ini juga amat penting kerana dapat meliputi secara keseluruhan padang pancing daripada kita berlabuh di satu lokasi tertentu sahaja
Aku harap dengan ilmu yang cetek ni akan menjadi info yang sangat berguna kepada pemancing2 di luar sana,apa yang penting adalah kerajinan serta semangat kita untuk mencuba sesuatu teknik yang baru...

Selamat mencuba membesarkan lengan dan melecetkan ketiak.

Wasalam

9 comments:

  1. terima kasih tuan dengan info..sangat berguna bg saya baru berjinak dengan teknik jigging

    ReplyDelete
  2. Thanks bro good info.. soalan.. penn spinfisher v bolehkaah saya guna da padanan joran apa?

    ReplyDelete
  3. Welcome tuan..carilah spining yg bersesuaian dan ringan..kerana berjigging ni memerlukan ketahanan dan tenaga yg banyak seharian..jadi peralatan seringan bole utk kita enjoy dgn kaedah ini..

    ReplyDelete
  4. Tqvm tn dgn info.. memang bermanafaat

    ReplyDelete
  5. Boleh tak aaya guna shimano calcutta 400 utk jigging

    ReplyDelete
  6. Thanks Tuan Jig... saya baru je nak mencuba dalam sukan jigging ni.. soalan.. kalau saya pakai mesin PENN FIERCE II 4000 agak2 boleh tak? Rod LEMAX JURASTIK PE:1-5...

    ReplyDelete
  7. Kalau spinning reel saiz 3000 okey tak utk jigging light

    ReplyDelete