Monday, March 28, 2011

Tekong,Pemancing & Laut

Salam hormat,


Bertemu kembali dengan posting kali ini iaitu sebuah tajuk yang agak kompleks dan subjektif yang selalu berkait rapat antara satu sama lain dalam dunia pancingan laut dalam.Ini adalah kerana ketiga2 perkara ini adalah faktor utama yang sangat penting dalam membawa imbuhan dan pulangan yang lumayan dalam sesebuah trip.Jom kita bincangkan



  • TEKONG

Jurupandu atau juruarah bot (Botman) yang mengendalikan bot atau sampan yang membawa pemancing2 ke destenasi padang pancing tak kiralah laut ataupun tasik.Orang yang diberi mandat oleh pemancing membawa ke lubuk2 ikan dan kawasan ikan yang akan memuaskan hati pemancing.Mereka juga perlu tahu selok belok tentang keadaan laut,pasang surut,cara labuhan yang betul dan yang paling penting mereka perlu pandai membaca GPS & Sonar.


Adakalanya pemancing berasa selalu tertipu dengan sikap segelintir sikap tekong yang tidak mengendahkan aspek2 penting yang di berikan di atas tadi.Tentu sahaja pemancing akan berasa marah setelah beratus ataupun beribu wang ringgit mereka telah dilaburkan demi memenuhi keinginan pemancing tapi hasilnya..KUMPAU!!!!...mana tak hangin satu badan..tekong tangkap muat entah dari mana pengusaha bot kutip..asal tanya jer..diorang bagitau tekong power..sedara mara dia...pegiii!!! dah...labuh pun tak pandai,baca pasang surut pun kantol...hehehe...


Ada juga sikap tekong yang pemalas juga yang membuatkan trip memancing tidak ceria,malas memasak,berkemas ataupun tidak memberikan kerjasama kepada pemancing.Kerjanya labuh entah kat lumpur ke karang pun tak tahu,turun jer sauh lepas tu..TIDOO!!!...mana tak naik darah tinggi pemancing dibuatnya.Itu belum lagi tekong atau awak2 yang mencuri hasil pancingan pemancing..Nauzubillah...


Sepatutnya seorang tekong yang baik akan membawa pemancing ke lubuk yang dikenalpasti pontensinya melalu titik2 kordinat yang mereka simpan dlm GPS,berbincang dengan pemancing tentang lubuk tersebut dan arah labuhan bot mereka,sekiranya tiada hasil dalam jangka masa yang ditetapkan maka lokasi lain akan dituju...baru sedap sikit hati pemancing.Bila dah berlabuh terus memasak utk jamuan tengahari,buatkan air minuman utk pemancing dan menolong pemancing mengancu ikan sekiranya pemancing mendapat ikan yang besar.Sikap kerjasama tekong inilah yang akan membawa hasil yang diharapkan dan membuatkan para pemancing tidak akan beralih kepada tekong yang lain serta memberikan pendapatan tetap kepada tekong2 itu sendiri...Fikirkanlah kebaikkannya...

bot yang baik perlulah ada ciri2 keselamatan dan peralatan pandu arah yang dipercayai tekong juga memainkan peranan sebagi kemudi dan perlulah rajin

  • PEMANCING

Coustumer sesebuah bot memancing yang lagaknya bagai nak berperang siap dengan peralatan memancing bila nak turun kelaut.Orang yang merasakan mereka itu berkuasa penuh di atas sebuah bot..tak kiralah nak buat apa pun..mereka tak peduli kerana mereka merasakan pelaburan mereka mesti membawa pulangan yang berpatutan.Tak kira lah nak turun masa mana pun mereka tak endahkan entah air besar ke,air kecik ke,laut bergelora ke,ribut ke main lanyak jer..


Perlu diingatkan kejayaan sesebuah trip juga bergantung kepada sikap pemancing itu sendiri..Apa taknya kalau kat darat ni bukan main power lagaknya..semua benda di temberangnya..sampai jer kat labuhan padang pancing terus masuk kabin atas alasan tak sihat badan laa,sakit perut laa..walhanya dia tu mabuk laut hehehe...mana nak dapat ikan..kalau macam ni walaupun berpuluh lokasi labuhan terbaik yang tekong bawa tapi sebatang joran pun tak dihulurkan mcmana nak mendapat ikan yang baik2.


Peralatan juga mememainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesebuah trip..ni adakalanya pemancing tidak menitik beratkan peralatan2 yang mereka bawa yang membuatkan terjadinya kekerapan rabut dan putus bila terkena ikan2 yang baik grednya.Sekiranya terkena lubuk ikan merah atau ikan yang datangnya berkawan abis cabut lari sekirang salah seorang pemancing mengambil sikap tak peduli dengan dengan peralatannya.Tak ke rugi namanya..tu yang malas tekong nak bawak lagi...


Sepatutnya seorang pemancing yang baik dan berfikiran positif akan selalu berkomunikasi dengan tekong pilihan mereka tentang lubuk ikan,umpan,cara tangkapan dan sebagainya.Selalulah merujuk kepada tekong yang sedia arif dengan keadaan laut semasa menganjurkan sesebuah trip memancing bukan main langgar jer. Sikap saling membantu dan sporting juga perlu ada dalam diri pemancing bila salah seorang dari rakan kita terkena ikan yang besar,beri laluan kepada mereka dengan menggulung tali pancing kita.Ini tidak, kalau boleh segala peralatan memancing kita nak turunkan...dari peralatan kolam sampailah ke laut dalam..abis penuh birai bot dah macam lidi satey..hahaha..bila member terkena likan besar dah kelam kabut nak gulung..tak ke naya namanya..



peralatan memancing juga menjadi aspek penting dalam sesebuah trip memancing barisan bot yang menjadi pilihan pemancing



  • LAUT :

Lokasi padang pancing yang dituju oleh tekong dan pemancing dalam memenuhi matlamat mereka.Carilah lokasi yang sesuai bergantung kepada budget kita.Tak perlulahlah sampai bergolok bergadai demi tujuan dan keinginan kita.Tapi sekiranya kewangan kita mengizinkan apasalahnya kita mencuba di padang2 pancing yang agak jauh contoh Sabah,Serawak ataupun di padang pancing di luar negara kita yang kita tahu potensi hasilnya.


Keadaan laut juga memainkan peranan kepada nasib sesebuah trip..pergilah tatkala musim tengkujuh reda,angin monsun tamat tempohnya kerana keselamatan kita juga menjadi aspek yang sangat penting dalam dunia memancing laut dalam.Bacaan pasang surut,air besar,air kecil juga perlu di titik beratkan dalam menentukan kejayaann kita dan bukan main bohh jer..


Setelah semua aspek telah kita penuhi maka turunlah memancing dengan semangatnya akan tetapi semuanya itu juga bergantung kepada ketentuan ALLAH dalam kejayaan trip kita..Berdoa dan terus berusaha demi mencapai matlamat yang kita harap2kan. INSYALLAH..


Sekian Wassalam

kuasa ALLAH tida siapa yang dapat menghalangnya...maka oleh itu banyak2kan lah bersabar dan berdoa


antara lokasi padang pancing yang berpotensi
setelah segala aspek dititik beratkan maka hasil yang lumayan akan kita perolehi..Insyallahh...

Thursday, March 17, 2011

Perghhh!!!!....akhirnya

Salam semua...

Sebelum aku nak teruskan artikel ni..di sini aku memohon jutaan maaf yang teramat2 sangat..coz dah dekat 6 bulan tak dapat menyambung atau menulis dalam blog kesayangan ni..apa taknya...password utk sign-in ni boleh lupalak...aku ingat dah dekat beribu2 kali dok try..sampai naik fed-up..tapi tuhan tu maha kaya ...entah mcmana aku dok berkemas2 dlm bilik terjumpalah sekeping kertas yg tertera username & password blog Barammundi ni..apa lagi nak melenting tinggi2 rasanya...so bolehlah aku menyambung kesenambungan blog ni..

Kat sini juga aku nak menyampaikan takziah kepada seluruh rakyat Jepun yang sekarang di timpa musibah dan malapetaka..Tsunami yang terjadi daripada gegaran gempa bumi 8.9 skala recter telah meranapkan hampir seluruh ibukota di persisiran pantai Jepun..Allah Maha Besar dan kuasanya mmg tiada siapa yang dapat tandinginya..Laut yang tenang tiba2 telah menjadi pemusnah kepada segala benda yang terhidang di depannya.

Begitu juga lah kita disini sebagai pemancing yang menjadikan laut sebagai kawan sepermainan..bila kecik mmg menjadi kawan..tapi bila dah badai,taufan,ribut melanda rasa kecik jer bot kita kat tengah2 lautan...Subhanallah...

Wassalam
Allah hu Akbar!!!....
Maha Suci Allah yang mengetahui....
Tentu ada sebab disebalik kejadiannya...
Takziah dari kami rakyat Malaysia..