Sunday, June 12, 2011

Kenali Jenis2 Ikan Air Masin (Part 2)

Salam,

Bertemu lagi dalam part 2 kenali jenis ikan air masin,pengetahuan yang tak seberapa ni eloklah kita kongsi bersama dalam meningkatkan ilmu yang tiada batasnya.Semoga paparan ini akan menjadi pengetahuan dan pedoman kita bila terkena spesis dibawah ni..

Wasalam
ni bahasa melayu dipanggil ikan Aji2..di perairan kita taklah sebesar mana melainkan di Tukun Perak tapi di Taiwan ikan ni bagak2 dan sbg game fish
ikan ni banyak terdapat di sungai2 & muara2..syok kalau layan dengan peralatan ringan
ikan pemangsa ni kalau kecik dipanggil Kacang,besar sikit Alu2,tapi kalau dah bagak dipanggil Tenok
ikan yg mempunyi nilai yang tinggi di restoran makanan laut.
ni kalau biasa kita panggil ikan lolong
game fish yang boleh mencecah ratusan kilo
ikan ni hanya bernilai pada siripnya sahaja
adik beradik black marlin..game fish di perairan Atlantik
salah satu ikan yg kuat renangannya..banyak terdapat di pulau2 berbatu
ikan ni sedap di makan..kalau besar sikit di panggil ikan Tomok
ikan ni kalau masak asam pedas perghhhh!!!! mak mentua lalu pun tak sedor
ikan ni kalau besar di panggil kerisi Bali
ikan ni isinya sedap tapi banyak tulang berselirat mcm ikan Terubuk
biasa kita panggil ikan Belitung,ikan ni jenis game fish..isinya tawar..bisanya catch & relese jer
ikan yg menghentam jig di malam hari..syok layan dgn joran PE 1-3
ikan ni bila musimnya sebesar peha org dewasa.banyak terdapat di Sedili
ikan ni biasa terdapat di pasar.adik beradik kembong batu
ikan ni pun sedap isinya,adk beradik ikan Kurau kalau dah besar
ni kita panggil ikan Tongkol..saiznya sedang2 jer
inlah ikan yg teramat kuat lariannya,boleh mencecak puluhan kilo.GT bagak bila dah terlalu besar
ikan ni selalu mengacau umpan,dok kat area unjam
org pantai timur panggil ikan kuku.banyak terdapat di pinggir pantai berbatu
ikan ni kalau kekoh kaki kita mau putus bro...
ikan ni kalau biasa di panggil ikan Cabuk,boleh wat umpan Kurau/Senangin
ikan yg banyak terdapat di unjam..buat bbq cicah sambal kicap...perghhh
adik beradik cupak..tapi agak tipis dan berkilat mcm ikan cermin
ikan ni pelik sikit,tak pernah lagi aku jumpa kot
haa,,ni king of snapper..kecik dipanggil unga,besar dipanggil Jenahak
ikan ni adik beradik ikan timah cuma agak besar sikit
ikan ni kalau nak tahu ialah ikan separuh..hanya sebelah sahaja badannya..isinya sangat sedap
ikan ni kalau kena tali pancing mmg payah nak bawak naik lebih2 lagi time dia melekap
spesis yg banyak terdapat di Serawak,isinya sedap tapi tulang yang banyak
ni tongkol kelas 3...tapi bolehlah isinya
ikan yg menjadi pujaan hatiku..bilalah nak kena dlm 5kilo...
ni ikan sama spt Alu2
ikan yg pemalas tapi isi nya sangat mahal
ikan yg baru ni kitaorg dapat di Pulau Tinggi..best oooo...

Kenali Jenis2 Ikan Air Masin (Part 1)

Salam,

Mari kita mengenali spesis ikan coz kita selalu confuse bila turun memancing,sekurang2nya bila org tanya senang sikit kita nak menjawab soalan2 cepu emas...betul tak!!!!

Wassalam
Pari...tak kisah leah pari karang ker pari lumpur
yang ni kadang2 aku confuse...mcm ikan kunyit
kalau ikan ni nak jaga2 duri dia agak berbisa..ikan kecik jer warna merah mcm kerisi
yang ni banyak di perairan kita..
ikan ni selalu ada kat karang..dan jeti pulau..selalu di tangkap menggunakan bubu
ikan ni aku tek pernah tangkap lagi..nak mcm ikan tongkol tapi warna hijau kekuningan
ikan ni banyak kat muara...wat mengendap kakap merah
kita selalu tertukar..antara landok ngan tambak
ikan ni slalu menjadi pengacau bila memakan umpan
ni ikan umpan tenggiri...manyak syok oooo...
ikan ni hanya game fish jer..catch & relese...salah kalau bawak naik atas bot
ni ikan wat sambal nasi lemak
ikan ni pun jenis pengacau umpan..tapi kalau besar ada harga gak
ikan bebolos ni sangat sedap di goreng..banyak terdapat di pantai
ikan ni pun sedap digoreng..kalau besar dipanggil gelama torak
ikan yg mahal nilainya...selalu ditempah di restoran makanan laut
ikan ni buat ikan masin jer..tak terlalu mahal dibandingkan dengan abgnya tenggiri batang
tamban ni buat umpan ikan mega...goreng pun sodap
ikan ni banyak di persisiran pantai..
ikan ni lah yg menyerang Singapura dulu...
ikan ayam ni sangat sedap..tapi kena siat kulitnya dulu.banyak terdapat di karang luas
game fish yang menjadi impian setiap pemancing
ikan ni banyak berada di Lautan Atlantik & Pasifik
talang ni banyak terdapat di Muara
ni mcm gelama torak..besor2 ikan ni
ikan ni banyak terdapat di perairan Serawak
ikan ni jarang ada kat perairan kita..banyak terdapat di lautan Atlantik
ikan ni rasanya tak makan pancing..tangkapan secara menjaring
ikan ni pun power..hanya terdapat di perairan Sabah Serawak
ni ikan komersial...kat pasor berlambak