Thursday, September 29, 2011

Trip Penghujung Tahun Tatkala Ribut Barat

Salam hormat,

Setelah hampir 2 bulan kita berihat dari hobi yang kita cintai dek kerana menghormati bulan puasa dan menyambut lebaran yang hampir sampai ke penghujungnya,tibalah masanya kisah trip memancing yang menjadi tirai penutup untuk tahun ini.

Tempahan memancing di pulau Tioman yang dibuat pada awal bulan April lalu dan perancangan yang di siapkan sebulan sebelum tibanya trip bulan ini tidak menjanjikan pulangan lumayan jika bukan dari kehendak yang Maha Esa.Kita hanya merancang tapi kuasa ALLAH yang menentukan.

Cuaca yang diramalkan baik tapi ribut barat yang terjadi di awal dan penghujung trip memancing baru2 ini membuatkan tangkapan yang agak kurang memberangsangkan kali ini.
Apa yang penting bukanlah keputusan trip tersebut tapi kepuasan kita melayan ikan dengan selamatnya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Alhamdullilah syukur..itulah kebesaran Allah..kami manusia terasa kerdil disisinya

Wassalam
bersama otai Hj Musa dan Zul gemang
tangkapan pembuka tirai
ikan cermin 2kg
dikuti aku dgn joran yg melentur cantikebek kapak sekala 3kg
newbee..mamod..berselera sebelum uweeeekkk...
acara mencandat sotong
bangun2 jer terus mengena si mamod ni tuuu dia..pari yg kecundang di tangan mamod dengan peralatan pe1-3nya
keesokan hari setelah ribut reda..
ebek lagi skala 2kg
wan dengan aksinya melayan jemuduk
mamod lagi...asyik2 dia jer
gerong belang sekala 4kg
acara yoyo di unjam..tekong tak menang tangan melayan kembong
masing2 ceria memenuhkan tong coleman
yeehhh...haaaa...jommm layannn
belitung mengena joran Hj Musa
belitung tungal yang dapat dinaikkan
berehat utk mandi dan makan tengahari
2nd round setelah masing2 memulihkan tenaga
peralatan utk game dimalam hari
ikan tambak mula memunculkan diri.
Tiba2 langit yg cerah berubah menjadi mendung. jangan tunggu lama2...cabutt...
setelah berlindung dibalik pulau..aksi agak hambar
rofizi dgn tarpon nya(ikan bulan & bandang)
keheningan malam di pecahkan oleh pekikan mesin zul gemang
seekor lagi pari telah selamat di daratkan
acara awal pagi oleh tekong..
abg rosli dengan ebek penutup 5kilonya
inilah hasil kami yg tak seberapa
tangkapan pari zul gemang 20kg menduduki tempat ke2 ikan terberat
ikan gred A..juara keseluruhan dimenangi oleh pendatang baru..Mamooodddd
ikan unjam yang memenuhi 3 tong coleman dan ikan pelbagai 3 tong coleman
juara pari...Mamooddd...lagi...pari 28kg
dalam perjalan pulang ke jeti mersing..kami terpaku melihat bot mewah ni...