Thursday, April 29, 2010

Mari Belajar Jigging

Salam semua,

Atas permintaan peminat atau pemancing yang baru nak berjinak2 dalam dunia pancingan jigging maka berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni marilah kita belajar teknik & peralatan untuk berjigging dengan betul dan lebih efektif lagi.

DEFINASI

Jigging

Berjigging adalah teknik yang telah di pratikkan oleh pemancing Jepun sejak dahulu lagi sehinggalah gelombang jigging sampai ke negara kita pada 5-7 thn yang lepas.Ia adalah teknik mengunjun umpan tiruan berbentuk kepingan besi secara berterusan seolah2 anak ikan yang dalam kesakitan menyebabkan pemangsa akan berasa anak ikan itulah makanan yang boleh di belasahnya.Teknik ini juga akan membuatkan para jigger berhantu bila terkena (karan) sekiranya jig yang kita unjun itu tiba2 di sentap oleh pemangsa tersebut ...perghhhhh syok siut.

Jigger
Pemancing2 yang mempratikkan jigging sampai lengan besor sebelah dan ketiak melecet...
Dan teknik ini juga telah menyebabkan para jigger rabak poket kerana sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk membeli peralatan memancing terbaik dari kekili,joran sehinggalah ke mata kail demi merealisasikan teknik yang tanpa batasannya

PERALATAN & TEKNIK
KEKILI
Gunakanlah kekili yang ringan serta nisbah ratio yang tinggi contoh 5:1:1 dan bukan bapook kekili yang berat kerana aktiviti ini memerlukan ketahanan tenaga yang berterusan

Light jigging - Shimano 4000-5000,Abu Ambasadeur 4000,Abu Cardinal 4000-5000
Heavy jigging- Shimano 8000-20000,Roybi Fishing Safari,Shimano Stella dan Daiwa Saltiga
JORAN

Joran pun sama,gunakanlah joran yang agak ringan & kuat serta bersesuaian dengan lokasi,kedalaman padang pancing yang ingin kita duga.

Light Jigging - Joran berkelas sederhana seperti PE 1-3 (10-25paun & 10-30paun) untuk laut cetek (Tenyru,Daiwa Monster Mesh,Shimano,Abu Conolon & Eupro)
Heavy Jigging-Joran berkelas berat seperti PE 2-4 (20-40paun) PE 6-8 (60-80paun) untuk laut dalam contoh (Shimano JigWrex,Fisherman & Seven Sea) .Tapi kalau anda degil juga nak guna joran trolling buat jigging aku tak bertanggungjwb sekiranya ketiak anda melecet atau tangan anda terseliuh..hehehehe
TALI

Sebaik-baiknya gunakanlah tali sulam(braided) atau tali fiber kerana tali ini bekekuatan tinggi walaupun berdimeter kecil dan kadar renggang tali tersebut amatlah rendah daripada penggunaan tali tangsi yang macam spring sekiranya ditarik.Tali ini juga dapat menyimpan kapisiti yang banyak di dalam gelendung kekili kita.Tali ini juga akan membuatkan pergerakkan umpan bebas serta realistik.

Light Jigging -Tali sulam Power-Pro,Spider wire (20-30paun) utk laut cetek
Heavy Jigging- Tali sulam X-zoga,Varivas dan (30-50,60.80paun)untuk laut dalam.

PERAMBUT

Gunakanlah (shock-leader) atau perambut pelbagai jenama mengikut kesesuaian lokasi kedalaman dan padang pancing contoh Asso,Dupont,Varivas dll
JIG

Umpan tiruan yang diperbuat dari kepingan besi atau besi karbon (karbon iron) yang dibentuk dan diwarnakan sebijik macam ikan atau sotong.Gunakanlah jig yang bersesuaian dengan kederesan arus kerana ini juga memainkan peranan dalam memujuk ikan menjamah jig kita.Sekiranya kita hendak berjigging di waktu malam untuk menjerat ikan cupak gunakanlah jig yang boleh menyerap & menyimpan cahaya (iluminus)kerana ini akan membuatkan si cupak geram dengan cahayanya

Light Jigging- Jig seberat 40-80gram(Eupro,Power Jig)
Heavy Jigging-Jig seberat 100,200-300gram
MATA KAIL

Gunakan matakail yang bersesuaian dengan saiz jig kita yang mempunyai lingkaran bulat yang agak besar serta kuat.

SPLIT RING & CHILI-

Ini amat perlu kerana membuatkan mata kail & jig bergerak bebas dan tidak kaku.Penggunannya juga bersesuaian dengan kedalaman serta lokasi padang pancing.

TALI KEVLER

Tali sulam berdimeter besar dan kuat ini di gunakan bagi mengikat mata kail ke split ring.
Tali ini juga didatangkan dengan pelbagai warna bagi menarik perhatian ikan serta bergerak bebas dan lebih realistik
TEKNIK

Teknik jigging adalah bebas dan bersesuaian dengan tenaga kita dan kedalaman lokasi padang pancing.Nak berjoget pun boleh.
Apa yang telah aku pratikkan adalah kayuhan (2,3- 1 iaitu kayuhan 2-3kali kekili,dan henjut sekali joran dan buat itu berulang2 sehingga jig berada di separuh kedalaman dan lepaskan semula jig ke dasar

BERHANYUT

Berhanyut adalah berjigging secara berhanyut di lokasi yang dirasakan berpontensi.Teknik ini juga amat penting kerana dapat meliputi secara keseluruhan padang pancing daripada kita berlabuh di satu lokasi tertentu sahaja
Aku harap dengan ilmu yang cetek ni akan menjadi info yang sangat berguna kepada pemancing2 di luar sana,apa yang penting adalah kerajinan serta semangat kita untuk mencuba sesuatu teknik yang baru...

Selamat mencuba membesarkan lengan dan melecetkan ketiak.

Wasalam

Saturday, April 24, 2010

Tarikan Jemuduk di Kala Ribut (2010)

Salam,

Kisah memancing kali ini yang dapat kita kongsi bersama adalah trip memancing seorang sahabat aku iaitu Bro Syed yang telah mengaturkan trip ke Tioman pada minggu lepas 16 April 2010 dengan menggunakan khidmat tekong yang HOT buat masa kini iaitu Abg Rosli Mukut.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang tidak mematahkan semangat pemancing2 tegar dek kerana tarikan jemuduk bersaiz sederhana yang boleh melenturkan hujung joran sehingga mencecah gigi air.

Kita ikutilah gambar yang dikirimkan walaupun mutu gambar tidak berapa baik...

Wasalam
aku pun tak tahu ikan apa yang di naikkan....ikan kacang kot hahahaha...
kerapu bersaiz kuali....ni kalau stim masak halia...perghhhhhh!!!!!
inilah taiko...Bro Syed...bersama jemuduknya....ni kat laut pun dah mcm polis trafik gak...
haruan tasik pun tak miss....mengena salah satu pancing mereka
inilah Abg Rosli Kg Mukut..tekong yang susah nak booking buat masa ini....trip saya jgn lupa bang!!!
jemuduk ni kalau sedap masak kari ni...agaknya itu yang di fikirkan oleh pemiliknya

haaa...amacam bro2 semua....ada berani!!!!!...jom ke Tioman

Wednesday, April 21, 2010

Trip Sedili Menjadi (2009)

Salam hormat,

Koleksi cerita pancing kali ini adalah kiriman sahabat kita dari M/Trade Department berkenaan trip memancing mereka pada bulan Ogos 2009 yang lepas.Lokasi padang pancing adalah di sekitar perairan Sedili & Desaru.

Tekong yang menjadi pilihan pada ketika itu adalah En Lan yang agak terkenal di sekitar Sedili.
Tangkapan pada masa itu di katakan berjaya dgn beberapa ekor tengiri seberat 4-12kg dan beberapa ekor jenahak sekitar 3-5kg. Jom kita layan gambar di bawah ni...

Wassalam
sementara menunggu kaum sampai,pekena nasi lemak dulu..
Haaaa...inilah kaki pukul yang tak asing lagi di Titan...Bro Mansor...hehehehe
tengok tu...pelbagai kelengkapan utk berlawan dgn ikan bersaiz mega
suasana damai pagi itu ketika bot meninggalkan jeti Sedili
apa lagi!!!pasang joran cepat!!!!
fuhhhh!!!kiri,fuhhhh!!!kanan....jampi dibaca utk mendapatkan ikan
amboi2 bkn main melaram lagi diorang ehhh..nak gi pusat bandor ker..
pembuka tirai dgn tangkapan tenggiri bersaiz periuk
tuuuu!!!! dia!!!...boleh tahan gak Bro Jamil ni ehhh...pakai perewang ker...
Bro Zaidi geduk dgn tangkapan jenahaknya...
punggah...kasi angkut semua...
inilah rekod tangkapan tenggiri batang seberat 13kg disandang oleh Bro Jamil...power tuuuu...

Friday, April 16, 2010

Koleksi Cerita Pancing Old School 2 (2003)

Salam semua,

Kita teruskan lagi cerita pancing old school kali ni dgn cerita yang tak kurang hebatnya dlm sejarah aku sbg pemancing.Trip yang di rancang oleh Bro Nazir pada 27hb April 2003 ke Pulau Sri Buat Penyabung dgn menggunakan khidmat tekong Hj Wahab.Seramai 7 org pemancing telah bersama2 mengambil bahagian dalam menjalankan misi menangkap ikan bersaiz mega di sana,mrk2 ialah (Aku,Rosli Y,Jaiman,Arwah Hamzani,Mat Rod,Nazir & Abg Usop)

Tangkapan pada masa itu tidaklah banyak tapi dari segi rekod tangkapan sangat2lah terbaik :-

Arwah Hamzani - Haruan Tasik 26kg
Aku - Bapak Tenuk 19.5kg
Rosli Yakob - Haruan Tasik 7kg

Di bawah ni beberapa keping gambar yang dapat aku korek krn telah banyak yang hilang dan berada di meja pengarang dulu.
Al-Fatihah juga kpd Arwah Hamzani semoga roh beliau ditempatkan bersama2 org yang terpilih..Amin

Wasalam

penantian itu amat menyeksakan krn bot telah sangkut di tebing,pkl 4ptg bru kami bertolak kelaut
sesi memunggah barang2 ke dlm bot
acara pancing mlm dgn beberapa ekor kaci
perlawanan yg sengit antara arwah Ham dan haruan tasik mega seterusnya diserahkan joran kpd aku utk finishing
tuuuu...dia ikan haruan tasik bersaiz mega 26kg
acar menunda terkena bapak tenuk,kelihatan aku semput berlawan dgnnya,joran ku serahkan kpd jaiman utk merasa tarikannya
seterusnya kpd Mat Rod pula
akhirnya kpd Bro Nazir utk penamat setelah tali sepanjang 250meter masuk kedlm gelendung mesin
tentu anda ngeri tengok kepala bapak tenuk tuu..rapala red head terkena bibirnya yg keras
gambar ni lah yg memberikan bonus kpd aku utk mendpt hadiah bagi majalah Pancing & Sirip

Wednesday, April 14, 2010

Koleksi Cerita Pancing Old School 1 (2004)

Salam,

Koleksi cerita pancing (old school) kali ni adalah kisah trip memancing yang telah dianjurkan oleh Titan M/Trade Department bersama usahasama pihak kontraktor pada 30hb Mei 2004 ke Pulau Tinggi..

Bot yang disewa agak besar hingga boleh memuatkan seramai 10 org pemancing iaitu Jamil,Dollah,Aku,Zali,Wak Lun,Solehan,,Azib,Sulaiman,Hisham dan seorang kontraktor nama dia pun aku dah lupa daaaa..tangkapan boleh lah tahan cuma ramai yang tak tahan mabuk laut jer hahahaha....sori...

Wasalam
saat yg palig bisa adalah menantikan bot tiba
tali terbelit sesama sendiri bila ikan mengena..tengok tu diorang boleh gembira ehhh
yeahhh...giliran aku pulak mengena tenggiri
Alhamdullilah ini sahaja yg dapat
bergaya dgn tangkapan masing2
bot pukat yg di modified menjadi bot pancing

Fishing Trip Of The Year (2005)

Salam,

Puas dah aku belek gambar2 lama utk mencari trip manakah yang paling best sekali sepanjang aku berkecimpung dlm dunia memancing..
Jadi ini lah keputusannya trip yang paling berharga & bernilai dari segi value tangkapan ikan serta persahabatan yang terjalin diantara member2 yang skrg jauh di perantauan.

Tarikh - 3 March 2005
Lokasi tangkapan - Pulau Besar
Tekong - Pak Bakar
Pemancing - Aku,Sulaiman,Md Rod,Rosli J,Halim Is,Man,Enal,Suhaimi M & Sapawi

Rekod tangkapan pada masa tu ialah

5 ekor tenggiri batang berat 4-10kg
50 ekor ikan merah berat 1-5kg
4 ekor ikan kaci berat 1-3kg
2 ekor landuk berat 1-3kg
2 ekor oari karang berat 1-2kg

Tetap skrg susah dah nak cari ikan2 sebaik dan sebanyak tu lagi..hmmm...mungkin dari segi ekostriannya dah tercemar oleh tangan2 manusia yang rakus..mana yg dok pakai tunda,tuba dan pencemaran laut yg ketara..

Wasalam
gambar ni lah diabadikan di challet Pak Bakar sbg rekod terbaik di Pulau Tinggi
masing2 memegang ikan besar mcm Scotch Imulsion
kalau tak caya cuba kira betul ker tak hehehehehe....

Posting dulu-dulu

Salam hormat,
Sebelum aku berjinak2 dlm dunia blog ni,tempat yang paling sesuai utk aku mencurahkan bakat menulis aku ialah di majalah..kalau masa tu bolehlah aku taip article dan aku kena poskan ke pejabat majalah yg memerlukan penulis2 sambilan..tetapi skrg tak payah...dunia tanpa batasan..buat article pastu send e-mail jer...dlm 5minit jer dah sampai ke meja pengarang..

Kat bawah ni beberapa article yang pernah aku hantar ke majalah memancing (GNgail & Pancing) dan pada masa tu aku mmg tgh semangat nak menulis..

wasalam
ohhhh...lihatlah dunia hehehehe...jenahak Sedili dlm gengamanku...majalah GNgail Nov 2002
ni kena pari tapi tak leh naik....joran halus sgt
Yu kemejan 7kg rekod peribadiku masa tu
Ni pergi ngan bdk2 Titan...amcam bro...ada braaaa....
Ni trip gi Pulau Sri Buat Penyabung article di Majalah Pancing Ogos 2003
Bapak Tenuk kena rapala red head tuuu...pakat ramai2 tarik....