Wednesday, April 14, 2010

Gila Jenahak

Salam,

Aku ni tak lah pandai sangat memancing,akan tetapi rezeki Allah tiada siapa yg tahu..kita kena bersyukur dgn ketentuannya,hari ni rezeki kita,esok rezeki org begitu jugalah sebaliknya.
Tetapi dalam banyak2 ikan,yang paling aku suka ialah ikan Jenahak..entah kenapa tetapi itulah hakikatnya..perlawanannya membuatkan aku terasa gian nak mencarinya..umpan yg paling sesuai ialah udang hidup atau kepala sotong segar/baru,perambut & umpan dilepaskan ke dasar dan diangkat sedikit lebih kurang 1/2 depa,arus yang paling sesuai ialah bila arus & angin sekata (bermaksud angin dan arus kebelakang bot).

Air timpaslah masa yg paling sesuai kita nak mengendap jenahak..kebiasannya waktu subuh dimana air pasang bertukar kpd surut...

Perghhhhh...kena pulak melendut joran PE 1-3 di sentap oleh makhluk yg di panggil jenahak tu...tiada ternilai kalau kita mendapat rezeki berlawan dgnnya..So kat sini aku koreklah gambar2 lama ikan jenahak yg pernah aku bawa naik..
Jenahak Pulau Pisang....tentu ada yg teringat semasa trip tersebut...udang aku pulun abis...
Jenahak Pulau Tinggi...umpan kepala sotong segar
Jenahak Penyabung umpan ikan anak kembung hidup
Jenahak karang Pulau Tinggi,umpan udang hidup sejengkal....

No comments:

Post a Comment