Kisah pancing kali ni adalah kisah trip memancing ke Pulau Tioman pada tahun 2007 bersama 9 org kawan2 kita (Bro Rosli,Bro Bijan & Bro Leman) yg sekarang ni berada di Sabic Arab Saudi dan pemancing Titan(Aku,Bro Amat,Bro Arnab,Bro Botak & Bro Halim).Trip 3 hari 2 mlm ini diatur menggunakan khidmat tekong Kg Mukut iaitu Abg Rosli yg membawa kami di segenap lubuk di Pulau Tioman.
Memang puas memancing sampai betul2 lepak dgn keadaan cuaca yg tak menentu...bila cuaca panas terlalu panas dan bila mendung terus je hujan sehingga ribut pun datang membuatkan kami sedikit kecut perut dibuatnya..Alhamdullilah Allah masih mendengar doa makhluknya,kami selamat pergi dan selamat kembali.
Tangkapan terbesar pada trip waktu itu di ungguli oleh Bro Rosli dgn tangkapan tenggiri 10kg diikuti rapat oleh Bro Arnab dgn haruan tasek 9kg dan aku sendiri tenggiri 7.5kg.Semoga kisah ini menjadi kenangan manis kawan2 kita yg berada di sana...So !!!! bila nak balik Malaysia broo....jom mancing!!!!!
No comments:
Post a Comment