Salam sejahtera,
Rasanya hampir 3 atau 4 tahun lamanya aku tak memancing kat Pulau Tinggi tapi bahana dek tarikan gambar ikan merah bersaiz bagak yang terpampang di dada akhbar pada pertandingan GP Joran Tanjung Leman yang lepas membuatkan aku tak leh nak lelapkan mata dengan lenanya.
Lokasi Pulau Tinggi memang tidak boleh dinafikan sejak dahulu lagi sebagai port ikan merah yang banyak akan tetapi kerana dek tekanan pemancing dan bot2 pukat tunda yang mengganas spesis tersebut sekarang jarang2 sekali dapat diperolehi dengan banyaknya.Setelah kata sepakat bersama ahli2 penggempur (Rofizi,Hanip,Wan,Kodel,John & Wak Jas)kami pun merancang untuk mencuba lokasi padang pancing di sana dengan bantuan tekong Mersing bernama Botak.
Walaupun tangkapan ikan merah tidak berjaya kami perolehi tapi dengan adanya 3 ekor kaci bersaiz 4-5kilo,seekor ikan tenggiri 5kilo,seekor ikan haruan tasik 8kilo dan 20 ekor ikan remong berskala 1kilo telah dapat mengubat sedikit kerinduan kami pada spesis ikan merah.
Insyallah kami akan mencuba dan terus mencuba sehingga rindu kami terubat terhadap spesis ikan yang bernama Merah
Wassalam

bukan main semangat lagi krew pegempur

bersembang sambil menantikan bot tiba

keadaan bot yang agak kecil tetapi mempunyai lubuk yang menggancam

tarikan sulung oleh ikan tenggiri

tenggiri bersaiz 5kilo tangkapan pertama trip kali ini

diikuti oleh wan dengan haruan tasik

tak sampai 10minit pertarungan berpihak kepada pemancing

haruan tasik 8kg

cuaca dan bahang yang agak panas membuatkan aku berlengging di malam hari

henjutan kasar dari joran Bro Rofizi

jemuduk 4.5kg berjaya dinaikkan

memang penghanyir si Rof dalam trip kali ini...

ikan mula mengisi bakul yang disediakan oleh awak2

menerima henjutan semasa berjigging di tepi pulau

tu dia si cupak memunculkan diri

melengkung joran diasak oleh ikan yg tak diketahui

rupanya jig telah mengenai badan ikan kacang

saiz ikan remong yang besar2..

pemandangan pulau tinggi tak kurang juga indah seperti pulau2 lain

resort yang sudah 3 tahun terbengkalai

menuju ke darat untuk mandi dan berehat

memulakan sesi pancingan sesi ke 2 dgn keadaan segar

antara lubuk pilihan tekong

ketarap bersaiz pinggan mula mengganas

asyik2 dia lagi...kali ini dubble strike

kaci mega telah berjaya dinaikan

kaci bersaiz 4.5kg

joran wan juga telah menggena di hadapan bot

kaci mega juga telah berjaya dinaikan

bukan main senyum lagi si wan

tak muat bakul dek penangan kaci mega

ikan apakah yang telah membaham remong semasa dinaikkan

bekas umpan hidup utk menduga tenggiri

alhamdullilah walaupun tak dapat ikan merah tapi kehadiran ikan bersaiz mega dapat juga mengubat hati

memang best...next time boleh return lagi
assalam bro mahfiz...sy ni beginner...sy slalu fishing solo je...kalau nk join bolh tak? kalau sudi lah nk ajak, nama sy zul ni number fon sy 011-23769062, harap komen sy tak mganggu bro mahfiz
ReplyDelete