Salam hormat pada semua,
Tentu pembaca2 berasa pelik dengan tajuk kali ini kan!!..ini bukanlah cerita pasal perang bolasepak Liga Malaysia diantara pasukan Johor lwn Kelantan tapi ini adalah kisah sebuah trip memancing yang berjaya aku kumpulkan para pemancing2nya dari Timur Tengah(Arab Saudi)Pantai Timur (Kelantan) & Selatan Johor)dalam sebuah bot memancing pada 22,23 &24hb Mei yang lepas.
Para2 peserta pemancing dari Kota Bahru seramai 3 org(Abg Iparku dan rakan2nya) Johor (Aku & Awie) dan tak lupa juga peserta yang diimport khas dari Arab Saudi (Bro Zul Gemang & Prof Rod) telah bersepakat dan bersepadu meredah lautan ke Tioman bersama senjata masing2 utk memenuhi matlamat menawan ikan bersaiz mega.
Bermacam story dan ragam yang tak kan kami lupakan seumur hidup bila masing2 ceria dan happy dapat merelisasikan impian mereka.Tahniah kepada semua atas kerjasama yang diberikan walaupun bahasa membataskan perbualan mcm ayam dan itik namun dek kerana hobi tercinta itu semua tak menjadi soal.
Jom kita layan gambar pulok...
Wassalam

acara memunggah barang2 kedalam bot..

dah 2 tahun aku tak memancing bersama Prof Rod sejak beliau kerja kat Arab Saudi

Bro Zul gemang pun dah setahun lebih tak melayan laut Mersing asyik dok layan Laut Merah jer

Abg Iparku dan rakan2nya yang sanggup turun dari Kota Bahru...Tahniah

acara mencari umpan sotong utk ikan mega..

tuuu dia...sotong mula memenuhi bakul...

tekong azhar bukan main lincah menyandat sotong

Joran Bro awie mendapat henjutan sulung ikan bersaiz bagak

mayong bersaiz 5kg telah selamat dinaikkan

disusuli oleh Prof Rod melengkung Abu Conolon Pe 1-3 dihenjut oleh spesis yg tak tahu jenisnya

spesis yang sama tapi lagi bagak..jahan 7kg

ni turn aku pulak bapak jemuduk..saiz 5kg

Bro Zul gembira dapat menaikkan baby jemuduk

jangan tak percaya saiz ni kira biasa je bagi nelayan

awal pagi berlabuh di depan gunung Mukut..ikan ketarap & ebek mula mengamuk

terpapar kepuasan diwajah Bro Zul berjaya menaikan ketarap

asyik2 dia jer..ni pakai buntat pak arab ni...hehehe

tengok tu..bergelimpang ebek sorang pun tak peduli bila feeding frenzy

rakan dari Kota Bahru pun merasa tarikan ebek

memang tak senang nak b'fast bila ikan menggila makan umpan

ebek lagi yang mengganas

ni posing utk org rmh ker..bro hahaha...

acara mandi manda di air terjun Mukut sblm meneruskan sesi pancing malam pulok

gambar ni yg menjadi kejelesan rakan2 kat tempat keje..sori bro...

senyuman yang panjang sepanjang sotongnya

henjutan kasar dikeheningan malam

sang kerapu memunculkan dirinya

keesokan pagi labuhan di Pulau Bara,kelihatan bot sebelah mendapat tentang dari spesis ebek

Pulau Bara yang menjadi spot ketarap mega dan ebek

sesi bergambar kenangan sebelum pulang

bersepah ikan sebelum sesi agihan

abg iparku tersenyum puas melayan ikan bersaiz bagak

kepuasan pemancing menjadikan aku lega dengan trip kali ini

ini jer yang terdaya...heheheh...

sesi mengagih2kan tangkapan utk dibawa pulang

sebanyak 6tong coleman telah berjaya kami penuhi..Allhamdullilah
No comments:
Post a Comment