Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum,

Diam tak diam dah 15hari kita menyambut bulan yang penuh dgn keberkatan ni..bukanlah bermakna bulan yang mulia ni kita matikan impian atau hobi yang kita cintai ini tapi kita berehat sejenak demi menghormatinya.

Bagi pemancing2 yang beragama Islam,bulan Ramadhan ni lah kita kena banyak berehat dari keterikan matahari di tengah laut menanti ikan meragut umpan,dahaga tekak meredah hutan utk mencari lokasi sesuai utk melabuhkan umpan dan sebagainya.

Masa inilah juga kita berpeluang men"service" segala peralatan perang kita,betulkan mana yang patut,tukar tali yang agak reput,tukar cincin mana yang dah rosak atau membelek2 kotak pancing sebelum menyambung impian kita.Di waktu ni jugalah para nelayan juga mengambil kesempatan berehat sambil membetulkan pukat atau mebaiki bot dan enjin mereka.

Tetapi sekiranya tangan menggatal juga dan naluri yang tak dapat dibendung untuk turun memancing!!Kolam Pancing bayarlah padang memancing yang sesuai tempatnya.Tapi satu jer saya nak pesan jangan jadikan lokasi tersebut untuk "tuang puasa" udah lah..hehehe..maaf...

Di sini juga saya mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam mencoretkan kata2 dalam blog ni atau menyinggung hati pembaca di luar sana.Selamat berpuasa dan "Selamat Menyambut Hari Raya" yang bakal tiba.


Wassalam

No comments:

Post a Comment