Salam semua,
Dekat sebulan aku tak update blog ni..bkn apa cuma dok menghitung hari untuk pergi memancing ke Tioman sebelum berlabuhnya Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun ini.
Trip yang dirancangkan pada 25/26 & 27hb Julai baru2 ini tangkapannya agak sedikit merosot dari trip memborong jemuduk bulan lepas.Bukan kerana silap perancangan atau penarikan diri salah seorang pemancing atas alasan peribadi di saat2 akhir tapi ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya..
"Ku sangkakan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari" cewwaaahh....begitulah ungkapan yang boleh aku andaikan pada trip kali ini.Ribut barat yang agak menggila dari awal tengah malam hingga ke subuh membuatkan aku sedikit kecut perut dengan alunan ombak agak tinggi kadang2 membuatkan member2 baru kita pening2 lalat.Tetapi alhamdullilah semuanya berjalan lancar...tak dapat ikan jemuduk ikan lain pun jadilah...tangkapan ebek 8 ekor skala 2-5kilo ,tambak 15 ekor 1-3kilo,kertang 5-7kilo,haruan tasik 8kilo,pari 10kilo dan pelbagai lagi jenis ikan serta sotong candat dekat setengah tong coleman itu sudah cukup memadai bagi kami agih2kan dan setelah dicongak2 ada gak 5 tong kami memikul sorang setong utk dibawa pulang.
Syukur....Allhamdullilah
Wassalam

dalam perjalanan hujan pun dah mula turun rintik2

tiada apa yang boleh kami lakukan selain makan & tidur jer malam tu

tangkapan sulung dari ahli baru iaitu bro jas

gembira sungguh dia ehhh.....

ikan pertama yang menghentam jig pada pagi tersebut

ebek telah menggila..

apa jer lah org tua ni aku nak mancing dia lak menyebuk..sebat ngan btg joran kang....

ebek lagi.......

kelihatan ebek bergelimpangan tiada siapa yg peduli

tekong pun mendapat strike...melengkung joran aku dibuatnya

perghhhhh...bapok ebek dah naik!!!!

Pak Mat Siren dgn haruan tasiknya

tekong merangkap chef...

ni yang aku tak leh tahan.....asam pedas ikan cermin boleh berasap tuuuuu....bro

koppit tekong yang canggih ala2 kapal terbang...hehehe..

berehat di Mukut sambil wat muka seposen

amukkan belitung yang syok ....

bro anip ngan belitongnnya

tirai senja bermulanya dgn mencandat sotong

sotong yang besar2 tak muat besen

kerapu anggaran 5-7 kilo

masak kukus pong sedapnya

ikan bro kodel yang comel..

dapat gak tangkapan bro awie akhirnya setelah puas kena kutuk besi hamis...hahahha

longgokan tambak memecahkan kesunyian malam

biar zoom muka aku bro,jgn zoom ikan lak

pak mat juga yang seronok pemancing tak ramai..5 org jer

pari mega bro kodel

inilah hasilnya yg tak seberapa tapi berbaloi

sotong yang telah dibahagi2kan 5 bungkus

trip yang tak menjadi pada awalnya tapi dapat juga hasilnya 5 tong

berhenti makan durian di Jamaluang..syooooooknya
Boleh share fon tekong?kalau boleh msj je kat nombor sy 0137437250 ok tq.
ReplyDeleteBoleh share fon tekong?kalau boleh msj je kat nombor sy 0137437250 ok tq.
ReplyDelete