Saturday, April 30, 2011

Trip Tioman April 2011 - Sukses

Salam,bertemu kembali

Alhamdulilah trip memancing yang dirancang pada 27,28,29hb April telah berjalan dengan suksess dan lancar dengan rata2 ikan jemuduk telah mendominasi tangkapan kali ini.Rekod tangkapan tangkapan terberat kali ini ialah:

1-Pemancing - Jamal Tangkapan- Mayong- 7kg
2-Pemancing -Rosli Tangkapan- Jemuduk- 6kg
3-Pemancing - John Tangkapan- Jemuduk-5kg

Jutaan terima kasih kepada semua pemancing2 yang berhempas pulas dan bersengkang mata utk memastikan tangkapan kali ini berbaloi2.Tidak lupa juga kepada tekong tersayang kerana sabar dan tak jemu2 melayan kerenah kami yang bermanja dan mengada2 serta mencari port2 ikan utk kepuasan kami...Jom layan gambar pulok...
layan makan tengahari dulu sebelum mancing wah bukan main happy lagi Bro Jamal dapat pelepasan dari KDN ehh...

nak kata mat saleh tapi slang Jawa..itulah Bro John namanya

mencandat sotong utk umpan ikan bersaiz mega


panjangnya sotong!!!!

pergh!!!bergaya si koboi ni mencandat

bot sebelah bot kami berhayun kerana alun yang agak kuat

sayang betul rabut...terkangkang mata kail bro Rofizi

acara jigging yang menjadi favorite aku

inilah hasil jigging yang menjeleskan pemancing lain hahaha...

perghhh!!!rekod tangkapan pada awal pagi bro John jemuduk 5kg

aku punya tak cukup besar lah...

ni lah trip yang paling mantap...katanya sambil mengenyit mata padaku nak join lain kali

koboi berjigging diwaktu pagi

berhenti rehat di pulau utk mandi & makan...sungguh best pekena teh tarik & goreng pisang

acara di sambung pada malam ke-2 dengan tangkapan jemuduk

jemuduk 6 kilo tekong menduduki tempat ke-2 ikan terberat

jadilah..kecik2 pun jemuduk gak

tuu..dia juara...bro Jamal dengan ikan mayong 7 kg..melengkung joran abu conolon dikerjakannya

setelah 20minit bertarung timbul gak king mayong

layan bro..

hari ke-2..jemuduk lagi

berjigging utk menghilangkan rasa bosan dan bersenam di awal2 pagi

kan dah dapat habuan bila berjigging

sesi bergambar sebelum pulang ke jeti









inilah wajah2 pemancing yang gembira dan ceria dengan tangkapan yang meriah

pergh!!! aku pun tak perasan masa bila aku mancing sebanyak ni...

2 org organizer yang menjadi tulang belakang trip kali ini..mantap

hasil tangkapan diagih2kan oleh tekong baru adil...tak leh nak pertikai

ni mcm mana nak sumbat..tak muat dah...kena kerat ni

1 comment:

  1. Assalamualaikum...abg mahfiz..blh bg no.tekong yg g mancing nie?
    Nie no.sya 0127987723 bob..

    ReplyDelete