Salam Hormat..
Lama rasanya aku tak menulis posting..bkn apa busy sikit latley ni lagi pun tak der bahan yang baik utk di ketengahkan.
Baru2 ni aku menganjurkan trip mematahkan pinggang ke Tioman pada 30,31& 1hb Jun dengan penyertaan seramai 6 org kaki pancing iaitu Aku,Bro Awie,Bro Y,Bro Anip,Bro Karim dan seorang serikandi iaitu Cik Idah dari Joran Manis.
Trip yang pada mula asalnya untuk berjigging di sekitar Pulau Tioman bertukar kepada trip membotom disebabkan ramai ahli jigging telah menarik diri pada saat2 akhir.
Alhamdullilah kami telah dapat menarik banyak ikan jemuduk,cupak dan bebrapa ekor ikan dari pelbagai sepisis.Ada juga yang tidak dapat di daratkan disebab saiznya yang besar dan peralatan yang tidak cukup untuk menandingi ikan tersebut.
Setelah berakhirnya trip 2malam 2 hari tamat barulah sakit pinggang mula terasa mungkin disebabkan fight yang terlalu kerap dengan ikan yang bersaiz besar atau mungkin juga kerana mengangkat 6 tong coleman masuk kedalam kenderaan masing hahahaha....
Sekian

acara suaikenal dan bercerita pengalaman masing2

mencandat sotong utk dijadikan umpan ikan bersaiz mega

Cik Idah mengelak dari di semprooott oleh sotong

best betul mencandat sotong...

cak!!!!sotong lagi

sesi pemanas badan sebelum berentap

bersinar di bawah cahaya lampu

"ni sotong kalau jenahak ngap sekor2 baru best"ujar Bro Awie

tangkapan sulung yang membuatkan joran aku sujud...

jemuduk pembuka tirai

Bro anip juga tidak ketinggalan menerima asakan

"ikan ni lah yg membuatkan pinggang aku sakit"

Cik Idah bergambar dengan Ebek yang ayu

Bro awie juga tak mahu kalah menerima asakan

ikan tambak saiz periuk utk makan tengahari

Bro Karim keriangan mendapat ebek setelah pening2 kepala malam hari

Tarikan "Pari"dah membuatkan Cik Idah sakit2 badan & lengan..tapi sayang putus krn terlalu besar

Pulau Jahat di perairan Tioman

Bro Karim juga menerima asakan ikan bersaiz mega dan tak mampu di daratkan

Mendarat di Mukut sambil bermandi manda dan berehat

memulakan sesi round 2 setelah puas berehat

sesi mengaya tongkol di unjam berdekatan

ni lah ikan tongkol yang mengiurkan..

makan malam dengan ikan tongkol fresh goreng dan sambal udang

memang syok kalau makan ikan segar

Bro Awie membuka tirai malam dgn jemuduk

sampai ke telinga Bro Anip mendapat jemuduk

aku juga tidak ketinggalan mendapat jemuduk

Tekong Lancang Kuning iaitu abg Rosli

Bro anip gembira krn akhirnya menjadi jigger..

Bro Y mendapat cupak bersaiz sederhana

setelah "jemu duduk" akhirnya Cik Idah mendapat jemuduk mega

terjelir lidah Bro Awie menarik jemuduk mega

bergelimpangan ikan jemuduk memenuhi lantai bot

time feeding frenzy tiada siapa yang peduli nak simpan ikan kat lantai hehehe

Bro Karim mendapat tangkapan besar sebagai rekod peribadi ikan Aruan tasik 8 kg

inilah hasil yang tak seberapa hahahaha....

masing2 enterprame dgn tangkapan masing2 sebelum mencongak-congak terpaksa memikul se"tong" coleman seorang
No comments:
Post a Comment