Salam sejahtera,
Tengok saja tajuk di atas tentu ada di kalangan pembaca yang terpandang salah satu article yang pernah aku buat untuk majalah GiNgail dahulu kalau tak silap pada tahun 2001-02. Jadi untuk tajuk posting kali ini sama juga berkenaan 2 trip memancing yang aku sertai cuma sedikit berbeza iaitu di 2 lokasi yang berlainan dan keputusan yang berlawanan.Tetapi itu semua tidak menjadi halangan demi satu matlamat iaitu mendapat rekod tangkapan terbaik.Apa2 pun jangan berputus-asa usaha dan usaha lagi tanpa mengenal erti kekalahan...Sekian
Wasalam
Trip Pertama (Kumpau) - Lokasi Sedili (3hb Mei 2010)
Trip bidan terjun balik hari ni telah aku sertai apabila salah seorang rakan sekerja telah menarik diri pada saat2 akhir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.So ada tak der kena jugalah layan...ni kira sesi warm-up sebelum trip ke Tioman.Trip memancing ni tangkapannya kurang memuaskan hanya beberapa ekor ikan karang & 2 tong ikan pasar..

Menanti tekong di jeti Sedili Besar

Masa yang terluang di jeti diisi dengan menunjukkan demo memakai life jacket

Masa terluang semasa menuju ke lokasi padang pancing diisi dgn ...Tidoooorrrrr!!!!!!!

Ini jerlah tangkapan yang boleh dibanggakankan...selain 2 tong coleman caru,kembung dan selar
Trip Kedua (suksess) -
Lokasi Tioman (8 & 9 Mei 2010)
Trip memancing 2 hari 2 mlm ini telah dirancang beberapa bulan dulu oleh rakan pemancing luar tempat kerja aku ke Tioman.So aku cuma bawa peralatan memancing dan duit trip jer,yang lain tak yah buat..hehehe...Trip ni tangkapannya amat baik dengan pelbagai jenis ikan seperti jemuduk,gerong belang,ebek,mayong,haruan tasik,ketarap,cupak,baby gerpoh dan lain2 lagi.

Gunung Mukut memanggil2 aku datang lagi memancing di sini

Sebelum mendapat hasil yang terbaik,kenalah menyediakan umpan yang baik juga

Bro Bob dgn tangkapan Jemuduk pertama tersengih sampai cecah telinga tuuuu....

Bro Syed pun tidak kurang hebatnya,menahan asakan Jemuduk

Tengok tu...saiz jemuduk yang boleh melenturkan joran ke tahap maksima

Cuba cari perbezaan diantara jemuduk dan cupak

Strike dari Bro Nurul aka Megat Komeng menahan asakan sehingga melentur joran

Seekor Gerong Belang rupanya yang telah membuatkan suasana kecoh di atas bot

Tarikan Ebek di waktu pagi hari ke-2 pembuka tirai

Bro Remy juga menerima asakan dari makhluk yang tidak tahu jenisnya

Tuuu...dia spesis yang namanya Jemuduk Bintik atau Jemuduk Batik

Strike lagi oleh "Man Of The Match" Bro Nurul

Seekor lagi Gerong Belang dapat di daratkan

Ketarap mega yang berjaya aku naikkan

Lokasi ni lah baby Gerpoh banyak kali terlepas semasa aku jigging sampai berasap

Bro Syed juga menerima tarikan baby Gerpoh dgn teknik jigging

Regu jigging aku berjaya mendapat sekor Gerpoh dgn teknik jigging warna biru sardine

Jenahak juga telah menjadi mangsa Bro Remy..mana yg paling besar...ikan atau p..e..r..o..t...hahahaha

Pak Mat telah berjaya mendaratkan Ebek Kapak dgn joran aku...masa ni aku sdg sibuk melantak

Mlm ke-2 Bro Wan telah menerima asakan seekor Haruan Tasik

Sempat lagi tu berposing manja

Duri Mayong juga tak kurang besarnya

Bro Remy dgn Ebeknya menunjukkan tanda "good" mcm iklan sabun sunlight hahaha

Hidangan tengahari yang "marvelous" oleh Tekong Rosli,masak lemak cili padi ikan Cupak lawan dgn sambal belacan pelam...perghhhhhh

Nasib baik tak terjun joran sedang aku sibuk nak makan tghari

Ebek lagi.... mengena joran aku

Ebek saiz sepinggan yang berjaya aku naikkan

Penutup sesi memancing hari ke-2 dgn tarikan dari Bro Syed dgn hasilnya "rahsia"hehehe

3 kotak ikan yang telah kami daratkan telah menjadi tumpuan pemancing2 lain di Jeti Mersing
No comments:
Post a Comment