Sunday, May 2, 2010

Tips Penjagaan Peralatan Memancing

Salam semua,

Murid2 hari ni cikgu nak ajar bagaimana cara nak menjaga peralatan memancing kita agar kelihatan elok dan tip-top condition bila di bawa turun memancing kelak hehehehe...cikgu loh pulok...Maaf...bukan nak tunjuk pandai wahai pemancing2 tetapi berkongsi apa yang patut agar ilmu ini dapat kita manafaatkan bersama. KEKILI

Bab kekili ni kena dititik beratkan..kerana harganya sekarang bukan murah2..kena pulak harganya mencecah ribuan ringgit,sayang kalau tak dijaga.Jadi kena amalkan setiap kali lepas balik memancing tak kiralah samada dari sungai,kolam atau pun laut kena cuci sebersih2nya tak kiralah nak guna syampu atau pun sabun mandi.

Ini kerana cecair atau pun larutan garam atau acid akan melekat di luar ataupun dalam ball bearing kekili kita.Bilas dengan secukup2nya dan jemur sekering2nya lepastu letakkan pelincir untuk menjaga ball bearing kekili kita..Ini tidak,asal balik mancing jer..kalau tak letak dalam bonet kereta berzaman atau pun letak jer kat dlm stor tanpa penjagaan rapi..maklumlah dah penat seharian kat laut kan,so malas nak tengok dan bila bawa semula memancing kena pulak ikan bersaiz mega,kekili tidak berfungsi dgn baik ikan pun terlepas..sape yang nak disalahkan,sayang kan...

TALI

Tali pun sama gak,kena amik kira jugak,nampak jer senang,asal dah dok dalam gelendung kekili tak yah amik tahu.Bila terkena ikan jenis baik2 tali pun putus,tepuk dahi 14X pun dah tak berguna.Kalau kita gunakan tali tangsi selalulah diperiksa takut ada kesan calar atau luka pada tangsi kita.

Janganlah ambil mudah kerana benda2 kecil mcm ni yang membuatkan rekod tangkapan kita selalu tidak dapat menandingi rekod kawan kita.Sekiranya kita menggunakan tali sulam,kerap mengeluarkan tali dari gelendung kekili dan alihkan ditempat lain samada bekas tali lama kita ataupun botol.Biarkan tali sulam itu kering betul,ini kerana tali sulam menyerap air jadi ini sedikit sebanyak akan merosakkan spool atau gelendung kita akibat hakisan dari larutan garam atu acid tersebut.
JORAN

Joran kita pun sama,cucilah dengan menggunakan sabun atau syampu di segenap rod,cincin sehinggalah kepada pemeggangnya.Larutan garam juga boleh menyebabkan pemeggang cincin kita berkarat ataupun rosak.Keraplah periksa cincin seramik joran kita sama ada terluka atau pun retak bila terhentak atau tertindih benda yang berat.

Sekiranya cincin kita rosak jangan teragak2 untuk menukarnya dengan yang baru,ini kerana luka pada cincin joran kita akan merosakkan keseluruhan tali tangsi atau pun tali sulam kita.Bila terkena ikan besar dan putus tali kita mulalah nak menyalahkan tali kita cap ayam lah,tak bagus lah walhalnya sebenarnya kita yang cuai tidak selalu membuat pemerisaan terpeinci terhadap setiap cincin joran kita.
Kenalah membuka pemeggang kekili dan asingkan joran dan kekili setiap kali pulang dari memancing,ini kerana sekiranya kekili kita berada di pemeggang joran dengan kadar terlalu lama akan membuatkan pemeggang joran itu jammed ataupun rosak dan menyukarkan kita untuk mengikat kembali kekili di pemeggang joran kita.
MATA KAIL,SWIWEL & CLIP

Kena bersihkan dengan menggunakan air paip dan jemurkan sekering2nya.Jgn teragak2 utk menitikkan sedikit minyak masak kedalam kotak mata kail atau peralatan lain.Ini akan membantu melambatkan process pengaratan berlaku pada matakail dan aksesori kita yang lain.Dapatlah kita menjimatkan kos membeli peralatan memancing setiap kali nak turun memancing.Kalau boleh dapatlah asingkan setiap peralatan kita dalam bekas khas tersendiri dan tidak bercampur aduk,ini tak kat situlah matakail kat situlah swiwel...lepastu bila nak membuat perambut terkena lak matakail kat jari kita,tak ke haru namanya hehehehe
BATU LADUNG

Batu ladung juga kena di ambil kira ,ada sesetengah kota pancing ada menyediakan ruang khas utk meletakkan batu ladungnya sendiri,terpulang kepada masing2 mengikut keselesaan pemancing.Tapi bagi saya pula saya lebih selesa dapat mengasingkan batu ladung di tempatnya tersendiri dan tidak bersama peralatan yang lain.Bukan apa bila kita di atas bot tak payahlah nak berserak dengan kotak pancing yang kedabak,cukup apa yang kita nak guna sudah,Ini tak selagi tak macam kedai pancing selagi tu tak sah..segala benda nak disumbatkan dalam kotak pancing.
PERAMBUT

Perambut yang telah di gunakan bolehlah dibasuh dan dipakai semula,jangan membazir kerana barang pancing pun tengah mahal sekarang.Cuci dan jemur sekering2nya dan letak semula dalam plastik khas ataupun album gambar yang dah tak pakai.Time free siapkanlah perambut secukupnya agar suasana memancing kita akan lebih menjimatkan masa dari membuat perambut di atas bot dalam keadaan tidak selesa dan terhoyon hayang lebih2 lagi pada waktu malam..kalau tak mabuk tak per...kalau yang ada alahhan hehehe alamatnya masuk dalam kabin sampai baliklah gamaknya.
PERALATAN LAIN
Pisau pemotong,pelayar,cutter ataupun perambut & cabel steel hendaklah di bersihkan dengan mencuci dan dilap dengan kain yang bersih.Jangan lokek utk meletakkan pelincir pada pelayar ataupun cutter..Adakalanya sampai berkarat pelayar pemancing kita,bila nak turun memancing beli lagi yang baru,kan namanya pembaziran..bila ada kecemasan contohnya kawan kita terkena matakail,nak potong duri pandan pakai cutter pun dah tak lut lagi.Jadi kesimpulannya kebersihan adalah perkara utama dalam penjagaan segala peralatan memancing kita.

Jangan suka bersikap mengambil mudah,keselamatan juga adalah aspek yang paling penting yang kena di ambil kira dalam merelisasikan hobi kita yang kita cintai ini.Jaket keselamatan juga perlu disemak dan diperiksa selalu manalah tau ada kerosakkan yang boleh menganggu ketahanan jaket bila berada di dalam air.Belilah jaket keselamatan dengan kadar harga yang sederhana dan berpatutan,akan tetapi sekiranya ada budget lebih,belilah yang mahal sedikit asalkan kualiti dan ketahanan tempoh di air terjamin.

Akhir kata "Selamat Memancing Dengan Selamat"

Wasallam

2 comments:

  1. Salam bro...apa jgk tips yg bro sarankan disini mmg tak pernah kwn amalkan,sbb kwn rasa mmg tak perlu,tp bila renung2 kan kembali...berapa bnyk dah aksesori mancing yg terbuang begitu saja lantaran rosak dek karat...terima kasih bro krn berkongsi maklumat sebegini,nampak remeh,tapi klu dipraktikkan ,mmg boleh menjimatkan ratusan RM tuh...tenkiu bro berkongsi maklumat sebegini..

    ReplyDelete